Kepada Pembaca, Peminat, Pelawat, Penaja & Penyapu


@ Julai 9, 2012. Jam 0110:
[Currently not available. Sorry and thank you!]

Sedang berkira-kira untuk kembali. Mungkin tak selalu, tapi sesekali.

Cari saya di facebook dan twitter :)

Isnin, Julai 09, 2012

Roda Kehidupan Bukan Roda Impian

Assalamualaikum. Hello semua :)

Wang besar, wang besar! Erkk. Hahaha. Lama tak jumpa. Lama tak dengar dan berkongsi khabar berita. Ala, tak mengapa. Nantilah, ye? Hihihi. Tak rasa nak menulis sangat lah. Idea pun tada mari. Huhuhu. Repost aje lah. Boleh? :p

# # # # #

Ada orang kata, hidup ini umpama roda yang berputar. Ada masa di atas, ada masa di bawah. Yang di atas akan jatuh, dan bangkit kembali. Yang di bawah akan naik dan turun kembali. Berputar dan terus berputar.

Namun, ada ketika putaran menjadi perlahan. Oh, kepenatan agaknya. Berehat sebentar mungkin dapat meredakan sebelum putaran diteruskan kembali.

Apabila sampai masanya, roda itu akan berhenti berputar. Berhenti ketika sampai di destinasinya. Berhenti apabila tercapai matlamatnya. Lalu, roda kembali berputar untuk misi seterusnya.

Dan putaran roda pasti berhenti lagi. Mungkin sementara. Atau mungkin selamanya. Ya, roda perlu dikembalikan kepada Sang Pemilik.

Sekian, wassalam. Bye!


p/s: Kayuhlah biar pun perlahan. (^_^)

Tukang Ikut Belog